cursor

 

10 Jan 2013

33 Weeks of Pregnancy


Alhamdulillah, hari ni khamis pregnancy dah masuk 33 minggu. Maksudnya ada lagi 7 minggu nak cukup 40 weeks, wahhhh! takut ada, excited ada, tak sabor pon hadooo katakauuuuu{Azwan Ali's tone please!}. Tapi dalam hati aku & Encik Alias ni asik dok berharap baby deliver dalam week 37 ke, hihihi. Aku bukan apa, sempat la habiskan confine-mum period before classes start. Hurm, hurmmm..tgh mengharap nih. Sobss!


Btw, ke-eksaited-an ku telah membawa daku kepada fetal development punya website secara rawak, ekeke. Hence, perkembangan minggu ni adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~~


This is how the position of the baby should be :)


Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. 


Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. 

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. 

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

Source: Babycenter



Ni aku letak 1 je website, banyak lagi website bab kehamilan ni, malas nak kopipes bebanyak. Kalau nak tau bebanyak lagi sila google laju2 dengan tahap maksima berdasarkan usaha tangga kejayaan uolss. Muehehe.


Macam yang Babycenter explain tuh, memang aku ada rasa sakit kat bahagian bawah tu especially time aku bangun dari tidur atau bangun dari berbaring. Sengal la jugak sakitnye, tapi aku kan kuat persis hulk, maka aku abaikan jek sakit tu and lari laju-laju. Okey aku tipu, hahahha!

Bak kata husband aku, jangan layan sangat sakit-sakit tu nanti mengada-ngada. Hahaha. Aku tak layan pon, aku rasa jek, kehkehkeh!


Lepas tu, kalau sebelum ni aku selalu pelik apehal la orang slalu cakap time pregnant ni nak rasa tak larat la, asik nak tidor lah, penat lah apelah.. Tapi masa minggu ke 33 ni aku dah tak pelik dah. Diulangi, TAK PELIK dahhhhhh.........sebab time week 33 ni je aku baru mula rasa perot betol-betol berat especially bila nak bangun. Tapi takdelah berat melampau-lampau. Still aku mampu lagi bangun dengan rakus. Hehe..
Tapi Alhamdulillah la setakat ni rasa malas tu takde lah sampai aku tak masak ke, tak basuh baju ke, tak mop lantai ke {haaa, kan aku dah cakap aku hulk! mampu mop lantai satu rumah uollss!}, senang cakap laki aku maseh bole duk relax-relax tanpa huluran bantuan amal kepadaku. Hahaha. Bagussss! Sebab aku nak buat sendiri semua, cepat sikit terberanak, wakakka =P

Lagi satu, ni haaa...jari jemari aku ni dah mula dah rasa sakit sengal-sengal masa bangun tidor, sampai la ke 2 3 4 5 jam after. Termasuk la dengan kaki aku, especially kaki sebelah kanan. Aku pon pelik apehal kaki kanan nak sakit lebih dari kiri, berat anggota kanan aku melampau-lampau tak balance dengan sebelah kiri ke?kompiusss plak. Yang penting jari kaki, tangan tu menggemok yeee! Huhh, terus tak shantek lagi dah. Cincin-cincin pon dah kena tanggal sebab jari dah kembong macam ikan kembong. 

Actually pregnant ni best sebab husband layankan je aku nak makan apa, best wooo..sebab aku suka makan. Hehe..siap kekadang tu dia ajak aku makan kat luar, dia belanja katanya..haha, memang la dia blanja, takkan aku pulak, hua3. Tapi start last week dah kurang selera makan ntah kenapa. Macam malas je nak makan, sampai berat turun la masa pi check up pregnancy last week. Hohooho.. Jap, aku rasa-rasa aku nak salahkan kekurangan kebolehan ketiduran aku lah dalam isu ni. bole tak? Hahahaha.. Sejak seminggu dua nih, memang tido tak cukup, sebab tak selesa baby makin besor. Lepas tu sebab kerap terjaga nak pi kencing. Ada la 2,3 kali bangun semata-mata nak labur saham kecik. Hehehe..tapi aku saborkan je lah diri aku ni sebab yang penting my baby is healthy! & comel..hikhikhik.

Tetiba rasa malas pulak nak taip-taip bebanyak sebab cite Setia Hujung Nyawa is about to start dah, hahaha. Jiwang gak aku duk layan cite ni, tapi suke ati aku la nak jiwang ke tanak kan, who cares bluekkk! 
Daaa..

No comments :

background