cursor

 

24 Jun 2013

Jom beli cradle ini, tahan lasak disukai para ibu bapa


This time saja2 nak share Aqeed Rafael punya perangai. By today, he is about another a week to four months old. Actually start dari umur dia masuk je 3 bulan, dia dah mula dah tunjuk akal dia.. I don't really remember what he did but mostly about sleeping style. 

Nak kena peluk kat riba, pusing2, goyang2, baru tido..pastu tukar style, nak masuk cradle then xnak the usual henjut2. Nak kena pegang kain buaian dua2 belah, genggam and start to henjut like mak2 kampung dulu2 masa xde spring buai, letak besi/kayu je buat sangkut kain buai tu. 

Lepas tu diaa start boring camtu, memang harapan lah die nak tido kalau buat camtu lagi. Mata bulat! Pastu tukar lg, nak kena goyang2 kat bouncer tp yang ni kejap je. Dah die nak tido dlm cradle macam biasa pulak. Dan style terbaru macam kt dlm video atas tu la..

Agak-agak ada tak baby three months lebih, rakus macam Aqeed ni?hahaha! Sumpah rasa geram je kat dia and at the same time lawak gila, nak gelak macam orang gila lah rasa, can?. Hehe! Geram tu sebab sebelum masuk cradle tu dia buat muka ngantuk ya amatttt! gosok2 mata, cakar muka sendiri tapi tak nangis (agaknya muka dia kebal hahahaha) sampai tak sah sehari tanpa merah2 kat muka, asik nak golek2 nak nerap, last skali start nangis2 manja nak tido...lah sangattt. 

Kita pun angkat la bg masuk cradle, dan2 masuk tu jugak lah mata dia jadi bulat, tangan ngan kaki bertenaga bagaikan baru lepas pekena redbull. Hadoii, mau tak geram..tp geram2 sayang la, hehe xkan nak pukui plak..anak woooo. Pastu apa lagi gelak la dgn husband sebab muka dia cergas semacam, mulut mula bebel, mcm dlm vid tu lah. Haihh...Aqeed..Aqeed..ternyata kau komando kecik sejati. Hakhakhak!

Pastu yg best pandai pulak pilih..suka orang glemer2 je. Sebab bila dia tengok tv, dia start excited and kuar suara cam ala2 nak bersembang hanya bila nampak Zizan dengan Siti Nurhaliza. Cewaaaahhhh! taste sangat kan...hihi. Sebab dia ni susah nak gelak2 apatah lagi sembang kuar suara kuat2..tetiba je tengok dua makluk Allah tu jadi mesra alam pulak. Tapi Aqeed, you need to AWASSSSS! Jangan kau coba coba nak jadik retisss, mama penyet hidung sampai tenggelam five inches, faham??

Sejak ada anak sendiri ohoii baru la aku tau susahnye lah haih nak jaga anak ni. Bukan susah nak kena tukar lampin, x tido malam ke hape..tapi susah nak didik akhlak dari kecik ni, dengan zaman skang ni. Ingat senang ke?Huuu.. Channel tv pun kena pilih2, tengok la oasis slot indahnya iman ke..kadang2 bukak gak kartun, sebab ada warna warni hehe..good for baby punya mental development, contoh macam thomas and friends ke, bob the builder, pastu apa lagi ntah aku bg tengok..haaa, upin ipin. Dia tengok kejap2 je, bajet die reti nak hadam cite kt tv plak, hahaha. 

So kesimpulannya kena bagi tengok citer yang boleh bina sahsiah diri, pastu jgn la bagi tengok catdog ke apa sebab kartun2 camtu kadang2 songsang gak. Aku penah tgk cite catdog tu, konon2 tgh nak cipta kapal..huhhh, nak menyongsang cerita Nabi Nuh as sangat they ols tu tau! Pastu hang jangan sesuka hati bagi tengok cite lawan2 nyanyi plak. Tak gemorrrr teman tau,huhu!

Pastu impian setiap hari nak baca Al Quran dengan Aqeed malangnya sejak ambik injection depo (perancang keluarga) tu, sampai hari ni tak boleh2 solat..sobs! Nak anggap istihadah plak was2 sebab injection tu memang akan ganggu hormon period, jadi x menentu. Jadi confuse and was2 tu beraja lah kat sanubari aku nih. So, kalau ada ustazah2 yang arif terbaca post aku ni, mintak tolong bagi nasihat tunjuk ajar pleasee!

Dah taip banyak2 nih jadik malas la plak nak cite lagi. Dah la, biar la cite aku tergantung kat sini je, bosan plak citer sendiri, hahaha! Bai.

Nota kaki,tangan~ Harap takde makian utk aku sebab aku bg tido anak aku dlm buai. In shaa Allah otak anak aku selamat, xde gegaran gempa bumi. Amin! hihi. Mase aku kecik2 pon mak aku bg tido buai, siap buai lelaju lagi Alhamdulillah masuk law school gak bile dah tua bangka ni,ngeh3!

17 Jun 2013

Tips Mengajar BAyi/Anak



1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.


13 Jun 2013

10 Tip Didik Anak Cemerlang


10 Tip Didik Anak Cemerlang


1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak.

2. Apabila anak bercerita kepada anda, jadilah pendengar yang setia.

3. Bersikap jujur kepada anak.

4. Memperuntukkan masa berkualiti untuk bersama anak.

5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang.

6. Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman dan hadiah)

7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.

8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.

9. Berbicaralah dengan anak anda.

10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah dengan anda

3 Jun 2013

Tips Merangsang Pembelajaran Baby/Kids

Assalamualaikum..

Semenjak ada baby sendiri, aku selalu fikir macam mana nak ajar anak2 dengan cara & pembelajaran terbaik. Senang cakap, parenting skill yg betul  & bagus..Bukan senang tau nak besarkan anak2 zaman sekarang ni. Takut jugak dengan kes2 anak pukul mak bapak, tak hormat mak bapak, dll..

So, tercari2 la aku source kat internet yg boleh bg guidance on how to develop brain kanak2 seawal usia 2,3 bulan camtu smpai la dah besor sikit. Memandangkan Aqeed baru 3 months, aku hegeh2 cari yg sesuai dengan umo die dulu..nak bg shaklee kt die mana boleh lg kan, hehe!

Btw, aku start dengan ajar dia dengan kenalkan dia dengan dunia baru dia..sebelum ni dalam perut, bila dah kat luar perut dia kena la pandai tafsir dunia luar sikit demi sikit :)
Nilai2 insaniah yg lain, perlahan-lahan akan aku serap kat dia, so that in shaa Allah dia tau mana yg elok and mana yang tak..amin!

Jom baca TIPS MERANGSANG PEMBELAJARAN BAYI/KANAK-KANAK kt bawah~


BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah kekeliruan , cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana dan sebanyak mana yang anda boleh. Dalam perubatan, digalakkan penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Dalam Islam pula 2 tahun. Kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Selain tinggi IQ, dapat merapatkan hubngan ibu dan anak semasa didakap ke dada.

JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi.

BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. Dan jangan sesekali merungut bau busuk sahaja semasa menukar lampin.

SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau apa saja yang bersesuaian, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia bereksperimen.

BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.


CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

BIARKAN DIA JADI BOS (KADANGKALA) 

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna. Tapi harus diingat, hanya sekali sekala, bimbang akan besar kepala.

GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. Anak anda juga tidaklah seberat mana.

KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering. Inilah waktu untuk anda kembali ke zaman kanak-kanak.

MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Abu dan katakan “Inilah ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

SESAME STREET ‘PUNYER STYLE’

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu. Bermakna tidak perlulah anda membeli mainan baru sahaja setiap kali bosan dengan sesuatu.

MAIN “TIRU-MENIRU”

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya gembira, marah atau sedih? Bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara memahami emosi. Jika anak yang lebih besar, lebih sesuai ibu untuk anak perempuan dan bapa untuk anak lelaki. Kekalkan sehingga anak anda masuk universiti.

ok done!! hee..

credit to BLOG 3 DALAM 1

p/s : sape nak shaklee??habaq mai na! hehe

2 Jun 2013

NAK SUSU BANYAK??


NAK BANYAKKAN SUSU AGAR BAYI TIDAK MENANGIS SENTIASA CEPAT LAPAR??
======================

Setiap orang milk booster berbeza. Banyak cara dan usaha yang boleh di ambil untuk membanyakkan susu kita. Melalui cara pemakanan kita, jadual mengepam kita, emosi dan banyak lagi faktor lain yang boleh kita ambil kira. Konsep asas penyusuan adalah sangat penting!
=====================
Bila dapat susukan baby kenyang2 sampai tertido Ya Allah! perasaan happy tu hanya ibu2 je yg dapat rasa..betapa puas nya dapat bagi anak sendiri kenyang, cukup makan minum.. ;).

=====================
SO,
Jom la cuba Vits dari Mama Irah Vita Biz, pasti puas hati!


SEBAB? sebab vits dari mama irah vita biz berikan anda~

1. penuhi keperluan protein ibu yang menyusu.
2. penuhi 100% keperluan vitamin dan mineral ibu yang menyusu. Jika khasiat ibu dipenuhi dan ibu sihat, maka proses penyusuan menjadi lancar.
3. bantu menyerap kalsium. Penting untuk penghasilan susu krn Kekurangan kalsium pada ibu akan menyebabkan ibu kerap letih dan lesu lalu mengganggu proses penyusuan akibat ibu yang stress.
4. mengandungi herba galactagogue yang diakui oleh seluruh badan penyusuan seluruh dunia sebagai herba yang membantu membanyakkan susu!

Bila ibu sihat, susu ibu berkhasiat! Bayi juga dapat serap khasiat tu dr susu ibu + sihat walafiat+cergas!
  

selain tu, rajin2 jugak buat power pumping + minum air masak cukup2! 3litres per day is just awesome! hee..


pm for best price! 
+
pm for free consultation at----> https://www.facebook.com/pages/Mama-Irah-Vita-Biz/298045133662906?fref=ts
@contact 0135387311

background