cursor

 

24 Jun 2013

Jom beli cradle ini, tahan lasak disukai para ibu bapa

video

This time saja2 nak share Aqeed Rafael punya perangai. By today, he is about another a week to four months old. Actually start dari umur dia masuk je 3 bulan, dia dah mula dah tunjuk akal dia.. I don't really remember what he did but mostly about sleeping style. 

Nak kena peluk kat riba, pusing2, goyang2, baru tido..pastu tukar style, nak masuk cradle then xnak the usual henjut2. Nak kena pegang kain buaian dua2 belah, genggam and start to henjut like mak2 kampung dulu2 masa xde spring buai, letak besi/kayu je buat sangkut kain buai tu. 

Lepas tu diaa start boring camtu, memang harapan lah die nak tido kalau buat camtu lagi. Mata bulat! Pastu tukar lg, nak kena goyang2 kat bouncer tp yang ni kejap je. Dah die nak tido dlm cradle macam biasa pulak. Dan style terbaru macam kt dlm video atas tu la..

Agak-agak ada tak baby three months lebih, rakus macam Aqeed ni?hahaha! Sumpah rasa geram je kat dia and at the same time lawak gila, nak gelak macam orang gila lah rasa, can?. Hehe! Geram tu sebab sebelum masuk cradle tu dia buat muka ngantuk ya amatttt! gosok2 mata, cakar muka sendiri tapi tak nangis (agaknya muka dia kebal hahahaha) sampai tak sah sehari tanpa merah2 kat muka, asik nak golek2 nak nerap, last skali start nangis2 manja nak tido...lah sangattt. 

Kita pun angkat la bg masuk cradle, dan2 masuk tu jugak lah mata dia jadi bulat, tangan ngan kaki bertenaga bagaikan baru lepas pekena redbull. Hadoii, mau tak geram..tp geram2 sayang la, hehe xkan nak pukui plak..anak woooo. Pastu apa lagi gelak la dgn husband sebab muka dia cergas semacam, mulut mula bebel, mcm dlm vid tu lah. Haihh...Aqeed..Aqeed..ternyata kau komando kecik sejati. Hakhakhak!

Pastu yg best pandai pulak pilih..suka orang glemer2 je. Sebab bila dia tengok tv, dia start excited and kuar suara cam ala2 nak bersembang hanya bila nampak Zizan dengan Siti Nurhaliza. Cewaaaahhhh! taste sangat kan...hihi. Sebab dia ni susah nak gelak2 apatah lagi sembang kuar suara kuat2..tetiba je tengok dua makluk Allah tu jadi mesra alam pulak. Tapi Aqeed, you need to AWASSSSS! Jangan kau coba coba nak jadik retisss, mama penyet hidung sampai tenggelam five inches, faham??

Sejak ada anak sendiri ohoii baru la aku tau susahnye lah haih nak jaga anak ni. Bukan susah nak kena tukar lampin, x tido malam ke hape..tapi susah nak didik akhlak dari kecik ni, dengan zaman skang ni. Ingat senang ke?Huuu.. Channel tv pun kena pilih2, tengok la oasis slot indahnya iman ke..kadang2 bukak gak kartun, sebab ada warna warni hehe..good for baby punya mental development, contoh macam thomas and friends ke, bob the builder, pastu apa lagi ntah aku bg tengok..haaa, upin ipin. Dia tengok kejap2 je, bajet die reti nak hadam cite kt tv plak, hahaha. 

So kesimpulannya kena bagi tengok citer yang boleh bina sahsiah diri, pastu jgn la bagi tengok catdog ke apa sebab kartun2 camtu kadang2 songsang gak. Aku penah tgk cite catdog tu, konon2 tgh nak cipta kapal..huhhh, nak menyongsang cerita Nabi Nuh as sangat they ols tu tau! Pastu hang jangan sesuka hati bagi tengok cite lawan2 nyanyi plak. Tak gemorrrr teman tau,huhu!

Pastu impian setiap hari nak baca Al Quran dengan Aqeed malangnya sejak ambik injection depo (perancang keluarga) tu, sampai hari ni tak boleh2 solat..sobs! Nak anggap istihadah plak was2 sebab injection tu memang akan ganggu hormon period, jadi x menentu. Jadi confuse and was2 tu beraja lah kat sanubari aku nih. So, kalau ada ustazah2 yang arif terbaca post aku ni, mintak tolong bagi nasihat tunjuk ajar pleasee!

Dah taip banyak2 nih jadik malas la plak nak cite lagi. Dah la, biar la cite aku tergantung kat sini je, bosan plak citer sendiri, hahaha! Bai.

Nota kaki,tangan~ Harap takde makian utk aku sebab aku bg tido anak aku dlm buai. In shaa Allah otak anak aku selamat, xde gegaran gempa bumi. Amin! hihi. Mase aku kecik2 pon mak aku bg tido buai, siap buai lelaju lagi Alhamdulillah masuk law school gak bile dah tua bangka ni,ngeh3!

No comments :

background