cursor

 

19 Dec 2012

30 Weeks Pregnancy

Alhamdulillah, sehari je lg pregnancy dah masuk 30 minggu,hehe.. syukur! Sejak tau aku mengandung dari dulu sampai sekarang, everytime masuk new week pasti akan google perkembangan baby dalam perut, excited!
So minggu ni punya development is (copy paste from babycenter) ;


Nak baby cute camni!^_^


Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

Read more: http://www.babycenter.com.my/a1044621/perkembangan-fetus---hamil-31-minggu#ixzz2FQ6krv3b

Wah! excited gila!
Baby kat dalam perut ni makin aktif dia bergerak. Dia dah tak banyak menendang, maybe sebab kaki dah panjang and perut tak cukup luas untuk dia main sepak-sepak lagi dah, hee! Walaupun dia tak banyak menendang, tapi dia banyak bergerak, boleh nampak perut beralun-alun, teruja!

Rasa baby ikut tinggi macam ayah dia je..haha. Sebab check up hari tu panjang dia bertambah mendadak dari bulan sebelum, hee..

Pastu, baby dah pandai respon pada bunyi-bunyi kat luar. Luckily, Mr. Husband suka sembang-sembang dengan baby dari luar perut, tiap kali cakap dengan dia, dia gerak-gerak and kekadang tendang telinga ayah nya. Hahahaha, padan muka :P
Tapi ayahnya suka, muka excited gila..hehe.

Setakat ni baby sihal walafiat alhamdulillah, takde masalah apa-apa. So harap-harap baby sihat je sampai selamat kluar, Insyaallah due March 1 next year. Harap-harap baby kuar 2 weeks early ke, sebab tak sabar nak jumpa diaaaa! Amin, :)

2 comments :

Athirah Tieramiessyou said...

heheee tomey. suh abg yas ckp all iz well hik3

.MiN. said...

hahaha! nk suh tiera yg ckp, bley?hehe

background