Aqeed tengah tido so ada masa sikit nak update blog. Suami pun dah pi keje..org cuti hari pekerja, tp die keje. Takde la rezeki nak dating hari ni..dating dgn Aqeed je la nampak gayanya..Hahaha!
Alhamdulillah, 27hb Febuari 2013 tadi selamat dah aku lahirkan seorang putera raje..eh, putera sulong aku & suami. Hihi. Berat die mase lahir tu 3.25 kg, panjang 49cm :) . Masa umur 30 hari berat die naik jadi 5.1kg. Mase nak pegi timbang berat die masa tu aku ckp "maybe berat Aqeed dekat2 5kg dah kot sebab bila riba dia cepat rasa lenguh dah sekarang".
Esok plak nak bawak die pegi timbang n inject 2months. Berdasarkan pengalaman aku yg masa umor die 30 hari tu, aku nak cakap mungkin berat Aqeed dekat 7kg dah kot pasal dah termengah-mengah timang dia lepas mandikan dia. Dan tengok2 esok berat dia jadi 7.1kg. Boleh terima akal tak teori aku ni? Abaikan kalau rasa teori tu sewel k bye =P
So far rasa best tgk development dia. By the way Aqeed ni dari umor 1 hari tu lagi dia dah ada peel dia sendiri. Iaitu, bila dia menguap dia suka bagi bunyi. Alah, bunyi macam kita yg tua2 menguap tu..Like "Huarrgghhh"! tp takdelah seterok tu ye. Sebab dia baby maka bunyi dia tu adalah lebih comel daripada org yg sedang baca mahupun yg sedang menaip ni, hahahaha! Rasa nak tergelak sebab bunyi dia buat tu kadang-kadang berbaur marah. hahaha. (amacam, best tak ayat aku?memang tak boleh blah macam karangan bahasa melayu)
Eh termelalut kemana dah..actually nak cite pengalaman bersalin kan Aqeed. Masa 26.2 tu husband bawak aku pegi HUKM sebab ada turun tanda darah sikit. Tapi aku tak sakit pun. Masa tu husband tgh keje, so bila aku bagitau cepat2 la die balik. Die sampai umah terus ajak aku p HUKM. Aku siap tengah mekap2 berbedak bagai lg masa tu. Hahhaa! Jaga penampilan sgt iolss semasa ituuu =D
Dah sampai HUKM tu lebih krg tgh hari dlm pkul 1 lbh..pkul 2 doktor cek jalan. Astaghfirullah..saketttttttt tau kena seluk cek jalan! Macam nak bagi penyepak pun ada kat doktor tu. Masa tu baru 2cm tapi dah kena admit ward, maybe sebab anak sulung so diorang tak suruh balik. Dah duduk ward boring giler..tp nasib baik husband ada, bole la bergurau2 senda..hihi. Pukul 6 macam tu baru aku start sakit and sakit tu makin lama makin kerap and makin sakit. Malam tu lagi laaaa sakit! nak2 pulak husband dah balik sebab tak boleh teman kat situ. Syarat hospital okeyy! Dipendekkan cite dekat 4kali jugak la kena seluk malam tu sebab nak cek jalan. Malam tu sebab terlampau sakit aku duk tawaf toilet, keliling katil, pastu aku tunggang terbalik ats katil. Tapi buat la camne skali pon sakit tu tak hilang gila2 punya sakit nih..macam nak putus pinggang! Orang yang biasa senggugut teruk maybe boleh tahan sakit sikit dari aku yang tak pernah senggugut teruk, huhu.
Pagi esok tu pukul 6 doktor cek jalan lg. baru 3cm lbh dekat2 4cm katanya. Tapi dia dah terpecahkan air ketuban. Gila banyak wehhh. So nak taknak kena tolak aku masuk labor room. Azab nya sakit nak beranak ni, bayangkan la katil/pangkin utk nak beranak tu habis aku terajang terkeluar bahagian letak kaki tu. hehehe. Agak aku nurse/bidan kat situ pun menyampah tengok n dengar aku melalak. Lantak lah, sakit kotttt!
Aku pnye contraction sangat kuat and tak berhenti henti. Sampai 130 lebih bacaan kat monitor screen yg cek jantung baby and contraction level tu. Aku rasa diorang masukkan ubat yang bagi rasa sakit nak beranak tu. Sampai aku rasa tak tahan sangat aku mintak epidural. Dah la mata aku mengantuk sebab tak tido2. Dalam aku tengah sakit tu aku merepek macam mamai kat husband aku. Pelik die dengar aku cakap hape..haha. Lepas tu baru la aku boleh tidur sebab tak rasa sakit dah. Masa tu jugak husband pegi amik mak mentua kat duta. Belum sempat die sampai kat aku balik, dlm pukul 12 aku rasa sakit tu datang balik. Ingatkan ubat epidural dah habis, rupanya sakit tu memang akan datang balik, epidural tahan kejap je. hadoii seksa..kaki aku x berenti tendang2 tilam kaki tu. Habis segala ayat keluar, zikir bagai.. Dah la doktor asik cek jalan.
Sampai la tetiba aku rasa kaki, tangan and muka aku jadi kebas kebas. Ya Allah, seriously aku ingat aku dah nak mati masa tu. Kebas gila. Aku bagitau doktor. Maybe effect dari epidural so cabut epidural. Last2 bukaan baru 6cm tapi aku dah tak tahan sakit sgt, dtg sorg doktor dia kata nak tolong. Aku rasa dia gunting sikit kat bawah tu but seriously aku tak rasa sakit langsung sebab sakit nak beranak tu amat dasyat. Push punya push lg sikit kepala nak kuar tapi aku makin tak larat. Ye la, aku tak makan dari petang 26.2 tu kot..so doktor guna kaedah forcep finally kuar la Aqeed :)
Masa doktor letak atas perut aku, aku pegang kepala Aqeed, tp aku tak larat nak bangun cium dia..and know what, Aqeed tak menangis! Aku plak masa tu punya letih sampai tak terfikir that he should have been crying right after he's out from my belly! Cepat2 diorang mandikan die,tunjuk kat aku tanya laki ke pompuan then rushing to NICU. Doktor kata maybe masalah pernafasan, sebab tersangkut lama masa aku push..
Yang lawaknya husband aku kat luar tengok je nurse bawak lari Aqeed ke NICU. Siap cakap "anak sape la tu". Bila aunty nurse/bidan tu bagitau anak die, punya la teruja.."anak aku ke tu, putihnya anak aku" hahaha!
De masuk labor room tgk aku kejap je, pegang tangan aku and cium. Aku ada rasa nak cium tangan dia tapi seriously aku sangat letih nak angkat mata pun tak larat. Nak pulak aku kena bawak pegi operation theater sebab uri/plasenta lekat. Pukul 4.10ptg Aqeed kuar, pukul 6ptg lebih jugak la baru aku siap kuar dari operation theater. Esok tu baru diorang bagi Aqeed kat aku lepas sure dia xde masalah pernafasan. Aku tengok kaki kecik dia alahaiii..kesiannya dah berbekas cucuk2 , huhu :(
Tapi syukur Alhamdulillah semua nya selamat. Aqeed pon dah sehat walafiat sekarang ni. Pastu dah pandai sembang. Best sembang dengan dia, dgr suara dia..hihi. Well, esok nak pegi clinic utk check up 2 months dia..maksudnya lepas tu pegi jenjalan shopping2 la yihhhhaaaa!
Dalam ward, tengah sakit nih!huhu.. 62kg masa ni okay, gila semangat! |
Aqeed & Friend. Hehe. Tak ingat dah bape hari masa ni tapi dalam pantang lagi :) |
Ni pun masa dalam pantang lagi, Aqeed tengah mood sembang ;) |
3 comments :
scaryny. haha! nsb baik aqeed ok je. x de side effects lps tu :))
kak min... :( takutnye nk kawin, pregnant n deliver baby..lagi2 bila kak min ckp kak min tendang semua huk3. mcm sakittt sgt3.. takot! err3 :'(
@cnoor~ alhamdulillah die ok, side effect die kejap je..awai2 tu kepala die pjg sikit, lepas urut tiap2 ari ok dah, bulat balik, hehe..
@tiera~ xpe tiera, lain org, lain dugaan beranak nye..ade org yg sng je deliver, x smpai 20minit..jgn takot2 na, ajk njmi kwen cepat!hehe
Post a Comment