cursor

 

20 Jan 2013

Random Thoughts

Tonite is soooo boring! Husband has gone to work, keje malam esok pagi baru balik. nak buat camne, nasib badan lah husband keje shift. Few years back dia keje office hour tapi lepas tu kena tukar masuk shift. Tapi no matter what still aku bersyukur sebab banyak je masa dia ada kat umah dengan aku so takde lah bosan sangat, hehe..

Eh, nak tau tak? Dulu masa nak kahwin and mula-mula kahwin rasa macam tak percaya aku nak and dah berkahwin!! Rasa macam budak-budak tak cukup umur lagi, hahahaha. Kalau ikut ketinggian yes memang tak cukup umor lagi, wakaka! (Tak senonoh aku kutuk diri sendiri, PANGGGGGG!!!!sepak diri sendiri kat dahi sedass.) Tapi bukan aku je yang rasa tau! Kang cakap aku perasan tak hengat plak =P. Kawan-kawan dan jugak kakak-kakak aku pun macam tak pecaya aku kahwin. Siap cakap aku bebudak lagi, cannot imagine how can I become a man's wife. Kehkeh! But then this is a matter of jodoh. Bila Allah dah kata KUNFAYAKUN.. see? time aku kahwin kakak aku yang dua orang lagi tu colan-colan pun nan hado lagi yeee kesian uolls..hehe. Maap ye kakak-kakak, adik korang ni terlampau advanced pulak dalam isu cintan cintun, wakaka!

Then tak sempat lagi nak hilang rasa tak percaya tu, tup-tup dah terPREGNANT plak..hehe. Lagi betambah tak pecaya tapi syukur Alhamdulillah rezeki zuriat dari Allah S.W.T. Ni lah nak habaq kat hang masa mula-mula tau pregnant tu rasa seronok + lega (sebab before ni aku selalu cakap family aku jenis subur, senang nak pregnant that's why siblings aku ramai and kakak aku pn kawen sebulan dah pregnant. So takut jadi riak/takbur sampai Allah tak bagi aku peluang tu) + confused + tak ready. Yela baru sebulan kahwin dah pregnant, rasa cepat sangat kot!  Aku kahwin 6.5.2012 pastu tau preganant mase bulan 6 tak ingat plak tarikh. But my last period was on 25.5.2012. Korang yang tak tau cemane kiraan pregnant tuh meh sini aku nak kobar kek ekau.

Berapa lama kita dah pregnant tu doktor kira start dari hari pertama kita punya last period. Kira dalam aku punya kes aku pregnant lebih kurang lepas 2weeks++ kahwin la.. The actual day/date yg proses persenyawaan tu jadik kita tak dapat la nak tau betul betul. Orang cakap after 2weeks period tu, tapi ntah lah suke ati die la nak bila pun janji sehat wallepat liat, hehe!

Dah pregnant pun malu plak nak cakap kat family tapi at last bagitau la jugak, takkan tak cakap plak. Kang tetiba balik kampung perot memboyot tak ke fengsan manusia sekalian alam?hakhak! Mak tekejut jugak masa bagitau tapi mak happy & she's so excited ;)

Now baby kat dalam perut dah 34weeks 3days. Wahhh! dah besar dah beliau!hehe..aktif die kat dalam ni, dulu rasa tendang-tendang je tapi sekarang rasa gerak kuat. Tau tak kat perut kadang nampak macam benjolan tinggi yang tengah bergerak dari atas perut sampai selari dengan pusat. Gile amazingnya perasaaan masa tu!! Aku ternangis jap masa first time nampak macam tu. (Alamak termengaku nangis plak, kantoi la x rock :P) sebab rasa besarnya kuasa Allah swt, indahnya ciptaanNya, & indahnya perasaan yg DIA hadirkan dalam diri WANITA&IBU. Alhamdulillah! ^_^

So lebih kurang macam ni lah tapi lagi meninggi die punya tahap benjol. Tapi takdelah sampai nampak bentuk kaki macam kat pic ni, menipu sangat uols ni tauu!
Kat dunia ni manusia macam-macam jenis ada, kan kan kan? Macam aku, aku tergolong dalam jenis manusia yang tak suka makan ubat. Tak suka dan tak reti. Tapi sejak preggy aku paksa jugak la makan, mengenangkan nak baby sehat walafiat. Asid folic la, obimin la, iberet folic la..sume nak lic-lic, motip sangat nama-nama ubat ni nak semacam!kan? Pastu lain-lain aku telan jus delima, buah kurma, and ESP Shaklee. 

Eh la, nak cerita pasal ESP la nih..haa, aku consume ESP ni sebab aku tau family aku yang perempuan (yg da kahwin la) jenis susah nak ada susu. So aku try ESP ni sebab aku ala-ala verangan nak breastfeed baby aku nanti walopon aku sedor diri hakikat aku kena further study lepas deliver. Huwaaaaa! kesian baby dpt BF sekejap je la nanti, sobs3! (walhal dulu fikir taknak bagi anak-anak aku BF, konon geli la uweeek! keji betol aku masa tu kennn!LOL) And you know what??aku baru je consume dlm 2 weeks but then td aku nampak ade susu 2,3,4 titik masa nak menyucikan diri aku. Waaaaaa!!! hebatnya! biaq betoi I can't believe this! Blom branak but producing milk already maa?? Nasib baik aku review memang ada orang yang kuar susu even before deliver, kalau tak mau aku meratapi kepelikkan yang telah melanda diri aku, huhu. Tp once again Alhamdulillah, rezeki baby :) and thank you to Tiera sebab kenalkan K.min dengan Shaklee, hehe!

Please click here if you wanna give a try like me! ^_^
Asik cite pasal pregnant je..aku nak cite pasal mimpi plak la. Lately asik mimpi benda-benda yang memenatkan. Lari lari la, kena kejar la, kejar orang la, jatuh sungai air banjir la, dapat ikan masa mancing kat sungai besar lah, pegi sekolah cikgu marah keje tak siap lah, pegi sekolah kawan-kawan tak best lah. Memacam ada. Pastu dalam mimpi tu aku marah-marah kat diri aku sendiri camni "eh, hang kan tengah mimpi?dah penat sangat bangun lah tido cepat!!" Ciss..sempat lagi tu marah diri sendiri dalam tidur! Bila dah terjaga, marah diri sendiri lagi sekali sebab lambat bangun kalau tak confirm tak sepenat tu, huhhh! Penat je.. Motip je aku asik nak marah aku sendiri.

Asik penat je manjang, ni pun dah penat bebel edisi menaip gak..haha. babai!

15 Jan 2013

8 TIPS CARA MENERAN KETIKA BERSALIN



Lately banyak post pasal mengandung & bersalin sebab tak lama lagi dah nak deliver baby. Hee..sebab takut lupa tips2 ni tu yang copy paste here so that easy to refer, takut terlupa..huhu. :)


1~ Menunggu waktu yang tepat. Jangan sesekali meneran ketika belum masanya. Tunggu sehingga diarahkan oleh bidan/doktor kerana ia akan menyebabkan laluan menjadi bengkak.

2~ Simpan tenaga. Jangan buang tenaga dengan menjerit atau meronta ronta.

3~ Jangan cemas berlebihan kerana ini akan membuatkan otot-otot menjadi tegang.

4~ Jika rasa terdorong untuk meneran tarik nafas dalam-dalam melaui hidung dan hembus melalui mulut supaya dapat meneran dengan lebih lama.

5~ Ketika meneran fikiran perlulah tenang supaya bila kita meneran nafas tak habis.

6~ Teran seperti membuang air besar.

7~ Jangan pejam mata ketika meneran supaya pembuluh darah sekitar mata tidak pecah. Usahakan untuk melihat ke arah perut.

8~ Jangan angkat punggung kerana akan buat vagina terkoyak.

Ok done! Semoga daya ingatan tak affected masa nk deliver, hee..

13 Jan 2013

.8 tanda-tanda bakal bersalin.


Tanda-tanda yg para ibu perlu "alert" di hujung-hujung kehamilan.. Kalau dah ada tanda-tanda ni In syaa Allah tak lama lagi baby nak jumpa ibu & ayahnya! :)

Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin??

1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan)
Apabila kita pergi checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum...Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal 2-4 minggu sebelum EDD ya..dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah.

2. Kerap Membuang Air Kencing
Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing...orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat heeeeee...

3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah
Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.

4. Kontraksi Braxton-Hicks
Perut mula mengeras pada waktu2 tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdidir, cuba duduk atau cuba berbaring.

5. Cirit-Birit
Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.

6. Keputihan
Terdapat lendir dan lelehan pekat.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show)
Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby.

8. Pecah Ketuban
Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.
Credits to Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Setakat ni No. 2&3 je dah masuk list. Baby, please get out from mama's belly at week 37/38 okay dear?Can't wait to kiss and hug you tight! ^_^

10 Jan 2013

33 Weeks of Pregnancy


Alhamdulillah, hari ni khamis pregnancy dah masuk 33 minggu. Maksudnya ada lagi 7 minggu nak cukup 40 weeks, wahhhh! takut ada, excited ada, tak sabor pon hadooo katakauuuuu{Azwan Ali's tone please!}. Tapi dalam hati aku & Encik Alias ni asik dok berharap baby deliver dalam week 37 ke, hihihi. Aku bukan apa, sempat la habiskan confine-mum period before classes start. Hurm, hurmmm..tgh mengharap nih. Sobss!


Btw, ke-eksaited-an ku telah membawa daku kepada fetal development punya website secara rawak, ekeke. Hence, perkembangan minggu ni adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~~


This is how the position of the baby should be :)


Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. 


Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. 

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. 

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

Source: Babycenter



Ni aku letak 1 je website, banyak lagi website bab kehamilan ni, malas nak kopipes bebanyak. Kalau nak tau bebanyak lagi sila google laju2 dengan tahap maksima berdasarkan usaha tangga kejayaan uolss. Muehehe.


Macam yang Babycenter explain tuh, memang aku ada rasa sakit kat bahagian bawah tu especially time aku bangun dari tidur atau bangun dari berbaring. Sengal la jugak sakitnye, tapi aku kan kuat persis hulk, maka aku abaikan jek sakit tu and lari laju-laju. Okey aku tipu, hahahha!

Bak kata husband aku, jangan layan sangat sakit-sakit tu nanti mengada-ngada. Hahaha. Aku tak layan pon, aku rasa jek, kehkehkeh!


Lepas tu, kalau sebelum ni aku selalu pelik apehal la orang slalu cakap time pregnant ni nak rasa tak larat la, asik nak tidor lah, penat lah apelah.. Tapi masa minggu ke 33 ni aku dah tak pelik dah. Diulangi, TAK PELIK dahhhhhh.........sebab time week 33 ni je aku baru mula rasa perot betol-betol berat especially bila nak bangun. Tapi takdelah berat melampau-lampau. Still aku mampu lagi bangun dengan rakus. Hehe..
Tapi Alhamdulillah la setakat ni rasa malas tu takde lah sampai aku tak masak ke, tak basuh baju ke, tak mop lantai ke {haaa, kan aku dah cakap aku hulk! mampu mop lantai satu rumah uollss!}, senang cakap laki aku maseh bole duk relax-relax tanpa huluran bantuan amal kepadaku. Hahaha. Bagussss! Sebab aku nak buat sendiri semua, cepat sikit terberanak, wakakka =P

Lagi satu, ni haaa...jari jemari aku ni dah mula dah rasa sakit sengal-sengal masa bangun tidor, sampai la ke 2 3 4 5 jam after. Termasuk la dengan kaki aku, especially kaki sebelah kanan. Aku pon pelik apehal kaki kanan nak sakit lebih dari kiri, berat anggota kanan aku melampau-lampau tak balance dengan sebelah kiri ke?kompiusss plak. Yang penting jari kaki, tangan tu menggemok yeee! Huhh, terus tak shantek lagi dah. Cincin-cincin pon dah kena tanggal sebab jari dah kembong macam ikan kembong. 

Actually pregnant ni best sebab husband layankan je aku nak makan apa, best wooo..sebab aku suka makan. Hehe..siap kekadang tu dia ajak aku makan kat luar, dia belanja katanya..haha, memang la dia blanja, takkan aku pulak, hua3. Tapi start last week dah kurang selera makan ntah kenapa. Macam malas je nak makan, sampai berat turun la masa pi check up pregnancy last week. Hohooho.. Jap, aku rasa-rasa aku nak salahkan kekurangan kebolehan ketiduran aku lah dalam isu ni. bole tak? Hahahaha.. Sejak seminggu dua nih, memang tido tak cukup, sebab tak selesa baby makin besor. Lepas tu sebab kerap terjaga nak pi kencing. Ada la 2,3 kali bangun semata-mata nak labur saham kecik. Hehehe..tapi aku saborkan je lah diri aku ni sebab yang penting my baby is healthy! & comel..hikhikhik.

Tetiba rasa malas pulak nak taip-taip bebanyak sebab cite Setia Hujung Nyawa is about to start dah, hahaha. Jiwang gak aku duk layan cite ni, tapi suke ati aku la nak jiwang ke tanak kan, who cares bluekkk! 
Daaa..

7 Jan 2013

.CNoor's Birthday.

As salam & hye! :)
Aiceh macam ceria semacam je walhal tengah boring tak memadan ni..hihi. Oleh yang demikian la blog ni dihapdet malam ni, kalau tak verangan la nak ada post baru, =P

Btw, today is January 7, 2013..2 days before {January 5,2013) was my bestie, Izan's birthday! wooohooooo! You are 25 already dear please cepat kahwen to Mr shafiq!!hahhaa..kesian mesti tgh pressure when everyone keep on telling you to get married quick. Hehe..Lumrah lah tu once you have completed your studies years, people couldn't resist but to ask you soklan cepu cemas nan satu nih..kan kan!

Dan dengan itu daku mendoakan agar kamu diberi kesihatan yang baik untuk selalu bekerja kuat n cepat kaya, dipanjangkan usia agar cepat kawen dan punyai anak bederet-deret so that umat Islam bertambah-tambah, dimurahkan rezeki agar dapat membelanjai diriku {hehe =P}, dan last but not least semoga berbahagia dan berjaya di dunia yang fana ini & di akhirat yang kekal abadi, Amin & In syaa Allah!


2-3 years ago.
Blame the long distance for not allowing us to celebrate
our b'day  just like we've had.
  

Eh, ada present for you, cer tgk bwh! 
  

Sila claim cake ini at the nearest cakes&bakery shop,hehe
This is all I can do due to the fact that we are no more 2 inches away but berbatu-bata berkilo meter jauhnyerrrr as for now. Well haih, have to face the fact that we're hardly can meet each other often like we used to be before. Aiceh macam kata kasih kepada kekasihnya pulak, muehehe. Abaikan jika ia meloyakan, bye! hahahha..
Tengah fikir bila lagi kita dapat jumpa each other, keluar bergila-gila sesama n memacam lg. Oklah, time flies. So kita pun harus flies, hehe.. 
{Izan, tiera & Dayah~Best Buddy Ever}



background