Lately banyak post pasal mengandung & bersalin sebab tak lama lagi dah nak deliver baby. Hee..sebab takut lupa tips2 ni tu yang copy paste here so that easy to refer, takut terlupa..huhu. :)
1~ Menunggu waktu yang tepat. Jangan sesekali meneran ketika belum masanya. Tunggu sehingga diarahkan oleh bidan/doktor kerana ia akan menyebabkan laluan menjadi bengkak.
2~ Simpan tenaga. Jangan buang tenaga dengan menjerit atau meronta ronta.
3~ Jangan cemas berlebihan kerana ini akan membuatkan otot-otot menjadi tegang.
4~ Jika rasa terdorong untuk meneran tarik nafas dalam-dalam melaui hidung dan hembus melalui mulut supaya dapat meneran dengan lebih lama.
5~ Ketika meneran fikiran perlulah tenang supaya bila kita meneran nafas tak habis.
6~ Teran seperti membuang air besar.
7~ Jangan pejam mata ketika meneran supaya pembuluh darah sekitar mata tidak pecah. Usahakan untuk melihat ke arah perut.
8~ Jangan angkat punggung kerana akan buat vagina terkoyak.
Ok done! Semoga daya ingatan tak affected masa nk deliver, hee..
No comments :
Post a Comment