Tanda-tanda yg para ibu perlu "alert" di hujung-hujung kehamilan.. Kalau dah ada tanda-tanda ni In syaa Allah tak lama lagi baby nak jumpa ibu & ayahnya! :)
Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin??
1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan)
Apabila kita pergi checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum...Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal 2-4 minggu sebelum EDD ya..dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah.
2. Kerap Membuang Air Kencing
Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing...orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat heeeeee...
3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah
Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.
4. Kontraksi Braxton-Hicks
Perut mula mengeras pada waktu2 tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdidir, cuba duduk atau cuba berbaring.
5. Cirit-Birit
Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.
6. Keputihan
Terdapat lendir dan lelehan pekat.
7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show)
Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby.
8. Pecah Ketuban
Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.
Credits to Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Setakat ni No. 2&3 je dah masuk list. Baby, please get out from mama's belly at week 37/38 okay dear?Can't wait to kiss and hug you tight! ^_^
2 comments :
gambattee k.min!!! ^_^
hehe..tq cayang!! ;)
Post a Comment